KERTAS KERJA

KERTAS KERJA LADAP


TARIKH: 4/2/2015
MASA : 12.00-1.00 PM
TEMPAT: KANTIN SEKOLAH
KEHADIRAN:
  1. EN JOHA BIN IDRIS (GPK KURIKULUM)
  2. EN NORNIKMAN BIN RAZALI
  3. EN MUKHTI BIN ALI
  4. PN NORHASHIMAH BT ISMAIL
TIDAK HADIR:
  1. PN ROHANI BINTI M. AMIN – TEMUJANJI HOSPITAL
AGENDA MESYUARAT
    1. UCAPAN PENGERUSI
    2. Ucapan terima kasih kepada semua guru yang hadir pada mesyuarat hari ini.
    3. Memaklumkan senarai guru yang mengajar kemahiran hidup serta pengagihan minggu mengajar antara RBT dan TMK.
Tindakan: Makluman.

2.0 En Joha bin Idris mengingatkan guru perihal pengajaran dan pembelajaran Abad 21. Semua
guru diharap peka dengan pengisian pembelajaran abad 21.
2.1 En Mukhti juga memaklumkan ciri pengajaran abad 21 seperti mana yang beliau perolehi
ketika berkursus di Pejabat Pendidikan Daerah.
2.3 Pn Norhashimah selaku ketua panitia akan mengedarkan informasi bercetak mengenai
pembelajaran abad 21 beserta edaran rancangan pelajaran mata pelajaran kepada ahli
panitia.
2.4 Beliau juga berharap agar format penulisan rancangan pelajaran selaras antara ahli
Panitia.
Tindakan: Makluman.
    1. Projek kerja amali bagi RBT:
    2. Ketua panitia berharap segala kerja amali bagi RBT dapat dijalankan mengikut kesesuaian
      keperluan dan kemudahan yang ada serta yang dapat disediakan.
    3. Segala peralatan tangan akan cuba dibeli namun buat permulaan ini dalam kuantiti
      yang kecil kerana peruntukan yang ada perlu diagihkan dengan sebaik mungkin.
    4. KP menggalakkan penggunaan bahan mentah bagi kerja amali, bukan bahan
      pasang siap bagi menjimatkan perbelanjaan.
    1. Hal-hal lain
    2. En Joha memaklumkan jadual guru akan berlaku pertukaran yang baru maka
      akan berlaku pertukaran juga bagi guru yang mengajar Kemahiran Hidup.
Tindakan: Makluman.

    1. Penutup
    2. Mesyuarat ditangguhkan jam 1.00 tengahari.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

............................................ ................................................
(En Mukhti bin Ali ) ( En Joha bin Idris )
Setiausaha Panitia K.HIDUP GPK KURIKULUM
SK LKTP JENGKA 15 SK LKTP JENGKA 15